Shaklee Selamat Ke? Jom Baca Landmark Study Shaklee.



Apa itu Landmark Study?


Landmark Study adalah satu kajian yang dilakukan untuk membuktikan sesuatu perkara itu bagus dan selamat atau pun tidak seterusnya akan didedahkan dan dilihat oleh orang lain. Shaklee telah menawarkan kajian dilakukan ke atas syarikat mereka oleh beberapa orang yang mana pakar itu adalah pihak ketiga yang tidak terlibat dengan Shaklee itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji keberkesanan produk Shaklee untuk jangka masa panjang iaitu 40-50 tahun selepas pengambilan vitamin Shaklee.


Keputusan berani mati Shaklee lakukan Landmark Study.

Tahukah anda? untuk melakukan Landmark Study bukanlah perkara yang biasa, tapi merupakan perkara yang serius kerana jika keputusan kajian tersebut membuktikan sesuatu perkara itu tidak betul maka akan membawa kepada keruntuhan sebuah syarikat itu sendiri. 

Shaklee satu-satunya syarikat supplemen di dunia ni yang berani membuat Landmark Study ini. Pada tahun 2007, CEO Shaklee, Mr Roger Barnett telah melantik National Health and Nutrition Examination(NHANES) iaitu satu badan kajian di bawah National Health Statistics(NCHS) yang mempunyai reputasi tinggi dalam membuat sesuatu kajian berkaitan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk melakukan Landmark Study untuk syarikat Shaklee. Berani giler kan?

NHANES kemudian melantik Dr Gladys Block yang merupakan wakil institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC Berkeley) untuk melakukan kajian tersebut. Doktor ni bukan doktor yang biasa-biasa tau, beliau merupakan orang yang pakar dalam bidang Epidemologi dan Public Health Nutrition. Salah satu perkara yang beliau buat, adalah piramid makanan yang selalu cikgu-cikgu kat sekolah rujuk tu. Haa gerun tak gerun?

Bagaimana Landmark Study ini dilakukan?

UC Berkeley memang sedang lakukan satu kajian berkenaan dengan supplemen itu sendiri, dan antara golongan yang mereka buat kajian adalah golongan yang tidak amalkan supplemen dan yang amalkan supplemen tapi bukan supplemen Shaklee.

Apabila NHANES approach mereka untuk buat kajian terhadap Shaklee, mereka menambahkan satu lagi golongan iaitu mereka yang telah mengamalkan supplemen Shaklee (Set Vitalizer) selama 20 tahun.



Hasil Landmark Study Shaklee?

Hasil daripada kajian tersebut sangatlah memuaskan hati Dr Roger Barnett dan semua pengamal Shaklee. Berikut keputusan daripada kajian oleh UC Berkeley School of Public Health;

1. Biru     - Golongan yang tidak mengambil supplemen, hanya menjaga pemakanan sahaja.
2. Merah - Golongan yang mengambil 1 jenis vitamin jenama lain.
3. Hijau   -  Golongan yang mengamalkan supplemen Shaklee selama 20 tahun.



Responden Hijau mempunyai 11% paras kolestrol yang lebih rendah berbanding HDL. HDL merupakan kolestrol yang baik dalam badan kita. Manakala LDL adalah kolestrol jahat. Responden Hijau mempunyai paras HDL yang tinggi dalam badan dan mampu menyingkirkan LDL yang jahat bagi memastikan bacaan total kolestrol dalam keadaan yang normal

Responden Hijau mempunyai 33% paras trigliserida yang lebih rendah berbanding respondan Biru dan Merah. Trigliserida adalah lemak dalam bentuk kimia yang terkandung di dalam makanan & juga tubuh manusia. Semakin rendah kadar trigliserida bermaksud jantung dan badan seseorang itu lebih sihat. 

Responden Hijau mempunyai 36% paras homocysteine yang lebih rendah berbanding responden biru dan merah. Homocysteine adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi dan badan kita.

Responden Hijau mempunyai 59% paras protein C-Reaktif yg lebih rendah berbanding responden biru dan merah. Protein C-Reaktif ini terkandung di dalam darah kita. Lebih tinggi kadar protein C-Reaktif ini, maka badan kita akan lebih sensitif dan mudah terjejas oleh biologikal stress akibat reaksi  badan terhadap ancaman-ancaman yang menjejaskan kesihatan. Bila kadar protein C-Reaktif lebih rendah, bermaksud badan akan lebih sihat dan taraf kesihatan sukar terjejas.

Responden Hijau juga mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mendapat penyakit kritikal seperti diabetes, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, stroke dan penyakit koronari jantung.












Kesimpulannya, berdasarkan keputusan Shaklee Landmark Study yang dilakukan ini, maka terbukti pemilihan supplemen yang betul bagus untuk menjamin kesihatan badan kita. Juga, dengan mengamalkan diet sahaja pun tidak mencukupi untuk menjamin kesihatan kita berada di tahap optimum kerana kita juga terdedah kepada pelbagai pencemaran di persekitaran kita. 


Bukti dengan adanya Shaklee Landmark Study ni, membuatkan ramai pengamal produk Shaklee tidak ragu-ragu dengan supplemen yang mereka hasilkan. Sesuai dengan tagline mereka, 

"Always Green, Always Safe, Always Work"

Jom amalkan Shaklee tanpa rasa was was, kerana dengan adanya Shaklee Landmark Study ini membuktikan Shaklee Supplemen terbaik di dunia. 



Rujukan:








0 comments:

Post a Comment