Luka di Kaki Mimpi Ngeri Pesakit Diabetes

Selalu kita dengar mereka yang mengalami penyakit kencing manis ni sangat risau kalau terjadi luka sedikit pada tubuh badan. Sebabnya selalu jika terdapat luka, keberangkalian cepat sembuh itu sangat tipis.



Apa itu Luka Diabetes?

Pakar menyatakan lebih 10% penghidap diabetes akan mengalami luka diabetes atau juga disebut ulser diabetes. Luka diabetes boleh terjadi pada semua jenis diabetes. Ia perlu diambil berat, jika berlaku di kaki, maka diperlukan penjagaan kaki yang maksimum.

Bagaimana Berlakunya Luka Diabetes?

Apabila penghidap diabetes mengalami sedikit kecederaan, tahap gula dalam darah yang naik dan turun secara tidak teratur mengakibatkan kulit yang selalunya cepat sembuh tidak sembuh dengan normal disebabkan saraf yang telah rosak. Kecederaan yang sedikit ini boleh mengakibatkan ia semakin membesar sebagi luka diabetes.

Kalau selalu kita dengar, kebiasaanya pesakit diabetes mengalami luka diabetes  di kaki. Ini disebabkan pesakit diabetes mengalami masalah kurang deria akibat masalah saraf (Neuropati Diabetes Periferal). Jadi, saraf yang biasanya membawa deria kesakitan kepada otak tidak berfungsi dengan baik mengakibatkan luka diabetes  terjadi.

Permulaannya luka itu mungkin kecil, tapi akibat deria rasa sakit itu tidak dihantar ke otak, lama kelamaan luka itu akan menjadi besar dan mula membusuk.

Saluran arteri yang sempit juga boleh menganggu aliran darah ke kaki, malah di kalangan pesakit diabetes, ia boleh menjejaskan keupayaan kaki mereka untuk sembuh dengan sempurna. Selain itu, sistem imun pada tubuh pesakit diabetes yang merundum akibat penyakit tersebut menyebabkan mereka lebih sukar untuk sembuh.


Cara Mengelakkan daripada Luka Diabetes.

Bagi pesakit diabetes masalah luka diabetes ini merupakan nightmare yang mereka sangat takuti. Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada luka diabetes ini berlaku.

  • Membuat pemeriksaan kaki secara harian 
  • Membuat pemeriksaan kaki di klinik swasta mahupun kerajaan
  • Memastikan kulit kaki sentiasa bersih dan sihat setiap hari
  • Menggunakan losyen untuk memastikan kaki sentiasa lembap
  • Memastikan kebersihan kasut dan selamat dipakai
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
Cara Rawatan Luka Diabetes


Jika pesakit kencing manis mengalami luka, walaupun kecil. Mereka haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ia menjadi semakin teruk. Perkara berikut yang patut mereka lakukan:

Cuci luka dengan air bersih. Jangan gunakan sabun, hydrogen peroxide atau iodin kerana ia akan mengganggu luka tersebut. Hanya sapukan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan dan balut dengan pembalut. Periksa luka setiap hari untuk pastikan luka tersebut bebas daripada sebarang jangkitan.

Berjumpa doktor dengan kadar segera.  Walau sekecil mana pun luka yang dialami pesakit diabetes, jangan berani ambil risiko, terus bawa berjumpa doktor. Selalunya luka yang kecil lagi mudah untuk dirawat dan mudah sembuh berbanding luka yang sudah besar ia mengambil masa untuk sembuh

Pastikan tangan bersih. Sebelum merawat luka pada tubuh pesakit diabetes, pastikan tangan anda dibersihkan terlebih dahulu. Supaya kuman tidak terkena pada luka tersebut, dan menyebabkan ia bertambah parah.


Sebagai penjaga ataupun penghidap diabetes itu sendiri, luka diabetes tersebut haruslah diuruskan dengan betul. Hal ini kerana, dengan cara mencegah luka daripada terjadi sama lah juga seperti meletakkan pesakit diabetes itu sendiri di keadaan yang selamat.

Selain itu, kawalan tekanan darah dan gula dalam darah haruslah diambil berat. Pesakit diabetes boleh mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat dengan cara bersenam, pengambilan makanan yang sihat dan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala. 


Pengambilan supplemen yang betul juga dapat membantu pesakit diabetes mendapat taraf kesihatan yang lebih baik. Untuk ketahui supplemen terbaik untuk rawat diabetes boleh tekan link ini.

>> Vitamin Magis untuk Rawat Luka Diabetes<<


Semoga info diatas berguna untuk bacaan semua. 

0 comments:

Post a Comment